PUSAT AKTIVITI KINDNESS WILAYAH UTARA

Bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini, ramai pihak yang berlumba-lumba dalam dalam menyumbangkan tenaga dan wang ringgit untuk membantu golongan-golongan yang berada di dalam kesusahan tidak kira secara individu mahupun secara berkumpulan.


Kindness Malaysia Wilayah Utara tidak kurang juga dalam membantu golongan-golongan yang memerlukan. Setiap program yang dianjurkan mendapat sumbangan dan kerjasama dari pelbagai seperti kerajaan negeri serta pebagai pihak.

Antara aktiviti yang dianjurkan adalah seperti menghulurkan sumbangan sahur kepada gelandangan di sekitar Alor Star, mencari penderman untuk rumah-rumah kebajikan, agihan kurma dan air mineral kepada mereka yang tidak sempat pulang untuk berbuka dan pelbagai lagi

Projek yang paling saya kagumi adalah PROJEK TAJA MEREKA, di mana kumpulan ini mencari pelbagai pihak yang ingin ingin memberi sumbangan dalam pelbagai bentuk untuk rumah-rumah kebajikan.

Semoga kumpulan ini dapat meneruskan aktiviti-aktiviti dibulan-bulan seterusnya dan kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan atau turut serta dalam aktiviti kemasyarakan ini boleh kunjungi facebook akaun KINDNESS MALAYSIA dan PUSAT AKTIVITI KINDNESS WILAYAH UTARA











KENALPASTI TELEFON PINTAR ANDA ORIGINAL SET ATAU KLON SET


Pasti ramai dikalangan pengguna smartphone keluaran Samsung tertanya-tanya mengenai status smartphone anda orignal atau klon. Pada kali ini, saya ada penyelesai kepada anda semua untuk mengetahui smartphone anda klon atau original set.

BAZARU, ALOR STAR, KEDAH, 1 JUNE 2014

Jom beramai-ramai kita ke BAZARU bertempat di Bite Cafe pada 1 Jun 2014 nanti. Ini adalah pertama kali jualan di adakan di Bite Cafe.

FRONTSIDE TV - DICKIES REVIEW

 Pasti ramai yang sudah tahu mengenai jenama Dickies ini, kali ini kita saksikan review oleh Mariss Khan dari Frontside TV mengenai jenama ini.
Click READ MORE to watch the review

TEMPATAN FEST PORT DICKSON, 16 - 18 MAY 2014

Berita terkini dari Tempatan Fest facebook, pada 16 - 18 May  2014, Tempatan Fest akan berlangsung di Pantai Batu 1, Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia.

Popular Posts