NIKE SB ERIC KOSTON 2


 Baru-baru ini Nike SB telah release kasut terbaru iaitu Eric Koston 2. Untuk pengetahuan anda semua, Eric Koston adalah salah seorang pro skater yang membawa perubahan dalam dunia skateboarder & sentiasa menjadi buruan pelbagai jenama untuk memperagakan produk mereka.
Eric Koston (EK) adalah berdarah kacukan Thai American dimana bapanya seorang tentera & ibunya berketurunan Thai. Mempunyai labelnya sendiri iaitu Fourstar Clothing &  Nama EK sekarang ini sebaris dengan ikon-ikon sukan yang lain seperti Kobe Bryan & Tiger Wood. EK mula di sponsor kasut oleh Es pada tahun 1995 bersama-sama Tom Penny. Pada ketika itu, kasut brand Es masih baru ditubuhkan. EK mula mempromosi cabang ketegori yang baru dalam sukan skateboard iaitu Game Of Skate ( GOS ), dengan nama ES Game Of Skate & beliau juga yang mencipta trick Krooked grind. 

Selepas meninggalkan Es pada tahun 2006, Sebelum menyertai NIKE SB pd tahun 2009, EK telah menyertai brand Lakai selama 3 tahun. Selama career beliau berada di bawah jenama kasut yang hebat, EK telah mempunyai 7 pro model kasut Es, 3 pro model kasut Lakai. Manakala semasa berada bersama Nike SB, ini adalah kasut ke-2 beliau iaitu Eric Koston 2.

 eS K7

Lakai

Eric Koston mula dikenali di seluruh dunia melalui game seperti Tony Hawk Pro Skater, filem JackAss The Movie, Rob Dyrdeck Fantasy Factory & Maloof Money Cup. EK dan teman baiknya Steve Berra membina sebuah private skate yang bernama The Berrics pada tahun 2007 & kombinasi nama mereka menjadikannya The Berrics.

Nike SB Eric Koston 2




(Source: Nike SB )
(Source: Wikipedia)
(Source: Complex.com)

Popular Posts