Bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini, ramai pihak yang berlumba-lumba dalam dalam menyumbangkan tenaga dan wang ringgit untuk membantu golongan-golongan yang berada di dalam kesusahan tidak kira secara individu mahupun secara berkumpulan.
Kindness Malaysia Wilayah Utara tidak kurang juga dalam membantu golongan-golongan yang memerlukan. Setiap program yang dianjurkan mendapat sumbangan dan kerjasama dari pelbagai seperti kerajaan negeri serta pebagai pihak.
Antara aktiviti yang dianjurkan adalah seperti menghulurkan sumbangan sahur kepada gelandangan di sekitar Alor Star, mencari penderman untuk rumah-rumah kebajikan, agihan kurma dan air mineral kepada mereka yang tidak sempat pulang untuk berbuka dan pelbagai lagi
Projek yang paling saya kagumi adalah PROJEK TAJA MEREKA, di mana kumpulan ini mencari pelbagai pihak yang ingin ingin memberi sumbangan dalam pelbagai bentuk untuk rumah-rumah kebajikan.
Semoga kumpulan ini dapat meneruskan aktiviti-aktiviti dibulan-bulan seterusnya dan kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan atau turut serta dalam aktiviti kemasyarakan ini boleh kunjungi facebook akaun KINDNESS MALAYSIA dan PUSAT AKTIVITI KINDNESS WILAYAH UTARA
Popular Posts
-
Minggu ni aku aku post baju terbaru dari ELSTEES Malaysia untuk Spring 2013. Design memang menarik gila dengan graphic yang memang sesuai...
-
Rock The World Festival datang lagi pada tahun ini, sedar tak sedar dah kali ke-13 panganjuran festival ini semenjak tahun 2000. Seperti y...
-
Baru-baru ini Nike SB telah release kasut terbaru iaitu Eric Koston 2. Untuk pengetahuan anda semua, Eric Koston adalah salah seorang p...
-
Mari kita lihat pembuatan sehelai t-shirt Empayar Kukubesi dari helaian kain sehingga ke proses pembungkusan