DEFINASI MUSIM DALAM INDUSTRI FESYEN

Hari ini aku ingin kongsikan definasi Musim dalam industri fesyen & Definasi Fashion Week. Mesti ramai yang mengetahui tentang musim pakaian seperti Spring, Summer, Fall & Winter. Tapi tahukah anda semua jangkamasa untuk musim-musim terebut?



Untuk pengetahuan anda semua, fesyen dari bulan Januari sehingga Jun di panggil musim Spring / Summer, manakala dari bulan Julai sehingga Disember ia dikenali dengan musim Fall / Winter. Dua musim ini yang menjadi kayu ukur kepada semua individu yang terlibat dalam bidang fesyen pakaian untuk menghasilkan idea-idea  & design-design yang baru mengikut kesesuaian waktu & faktor cuaca. Bagi pendapat aku la, pakaian pada musim Spring / Summer ni lebih sesuai dengan masayarakat di Malaysia sebab pakaiannya nipis, sesuai sangat dengan faktor cuaca Malaysia yang sentiasa panas & mendung. Untuk pakaian pada musim Winter, materialnya adalah lebih tebal sebab pasti anda faham maksud Winter ( Musim Sejuk atau Salji ).

Sekarang saya akan kongsi pula definasi untuk minggu fesyen. Fashion Week akan diadakan 2 kali dalam setahun iaitu dalam bulan Februari & September. Pelbagai aktiviti berkaitan dengan fesyen dirancang oleh pelbagai individu & fashion label. Untuk Fashion Week pada bulan February, ia akan dipenuhi dengan pelbagai jenis design & pakaian musim Fall & Winter manakala Fashion Week pada bulan September pula akan dipenuhi dengan design & material untuk musim Spring & Summer. Tujuan Fashion Week ini diwujudkan ialah untuk menarik minat orang ramai & tujuan keduanya ialah memberi peluang kepada orang ramai melihat design & material terkini dari label masing-masing kerana ia bakal dijual pada awal musim akan datang. Maksud kata lain, pelbagai label pakaian akan promote design terbaru dorang pada Fashion Week ini supaya orang & follower meraka akan ternanti-nanti menunggu untuk membeli pakaian tu nanti.

Ok! untuk minggu ini, ini sahaja yang dapat saya kongsikan dengan semua pembaca & harap pembaca semua jelas dengan maksud musim dalam industri fashion.

(Source: eHOW)

Popular Posts