FTK MALAYSIA


Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua pembaca yang melawat blog ini. Ini merupakan projek terbaru saya sempena tahun 2013. Projek kali ini saya akan fokuskan pada apa yang saya minati iaitu seni fesyen, lukisan, muzik & keindahan flora & fauna. Saya lihat seni-seni ini masih tidak diperkenalkan secara lebih serius kepada khalayak umum, saya mahu lihat masyarakat awam menghayati bakat seni yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada kita semua. 

Kerana minat yang mendalam terhadap seni, perasan mahu melihat perkara yang indah di dunia ini. Saya memberanikan diri untuk memulakan blog ini, walaupun platform saya ini hanya sederhana sahaja, tidak terlampau gah & tidak pula terlampau kolot. 

 Antara perancangan yang bakal saya isi di dalam ruang blog saya ialah, interview or review local & international brand, tujuannya agar lebih mudah masyarakat mengenali brand-brand ini dan terus menyokong agar idea-idea baru dapat dihasilkan. Selain itu, saya akan cuba selitkan ruangan muzik di dalam blog ini agar pembaca tidak terlalu stress ketika melawat atau membaca blog saya. Sessi perkenalan dengan artis-artis baru & lama pasti dapat memberikan pembaca mengalami perasaan yang unik. Kepada pembaca yang gemar bercuti & berjalan-jalan di sekitar dalam negara atau luar negara, saya akan selitkan juga pusat-pusat peranginan serta pusat-pusat pelancongan agar memudahkan pencarian & perancangan percutian anda nanti. Seni lukisan, ukiran, rekabentuk bangunan pasti juga akan dimuat naik dalam blog saya kerana ini semua adalah minat saya.

Projek saya yang lepas & masih lagi diteruskan sehingga sekarang ini ialah MyPapan Skateboarding (MPS). MPS ditubuhkan pada tahun 2009 fokusnya ialah sukan skateboarding di Malaysia. MPS akan berkongsi pelbagai maklumat mengenai event, competition, latest info tentang skateboarder, skatepark terbaru & lain-lain lagi. Ini memudahkan skateboarder di dalam Malaysia, Indonesia, Singapore, Thailand, Brunei & Filipina untuk merancang perjalanan & ia menjimatkan wang & waktu. Sehingga ke hari ini, MPS boleh dikatakan menerima sokongan dari pelbagai pihak & akan sentiasa memperbaharui serta menambahbaikan pada blog tersebut.

Saya berharap pelbagai pihak dapat menyokong niat murni saya ini untuk mengembangkan lagi industri seni tanah air kita.

Tony Kamal
Founder FTK Malaysia

Popular Posts